Biografi Syaikh Muhammad At Tamimi
Sabtu, 28 Juni 2003 - 10:55:15
Penulis: Salafy.Net
Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab
(1115 - 1206 H/1701 - 1793 M)
Nama Lengkapnya
BELIAU adalah Syeikh al-Islam al-Imam
Muhammad bin `Abdul Wahab bin Sulaiman bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin
Rasyid bin Barid bin Muhammad bin al-Masyarif at-Tamimi al-Hambali an-Najdi.
Tempat dan Tarikh Lahirnya
Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab dilahirkan
pada tahun 1115 H (1701 M) di kampung `Uyainah (Najd), lebih kurang 70 km arah
barat laut kota Riyadh, ibukota Arab Saudi sekarang.
Beliau meninggal dunia pada 29 Syawal 1206 H
(1793 M) dalam usia 92 tahun, setelah mengabdikan diri selama lebih 46 tahun
dalam memangku jawatan sebagai menteri penerangan Kerajaan Arab Saudi .
Pendidikan dan Pengalamannya
Pendidikan dan Pengalamannya
Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab berkembang
dan dibesarkan dalam kalangan keluarga terpelajar. Ayahnya adalah ketua jabatan
agama setempat. Sedangkan kakeknya adalah seorang qadhi (mufti besar), tempat di
mana masyarakat Najd menanyakan segala sesuatu
masalah yang bersangkutan dengan agama. Oleh karena itu, kita tidaklah hairan
apabila kelak beliau juga menjadi seorang ulama besar seperti datuknya.
Sebagaimana lazimnya keluarga ulama, maka
Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab sejak masih kanak-kanak telah dididik dan
ditempa jiwanya dengan pendidikan agama, yang diajar sendiri oleh ayahnya,
Syeikh `Abdul Wahhab.
Sejak kecil lagi Syeikh Muhammad bin `Abdul
Wahab sudah kelihatan tanda-tanda kecerdasannya. Beliau tidak suka membuang
masa dengan sia-sia seperti kebiasaan tingkah laku kebanyakan kanak-kanak lain
yang sebaya dengannya.
Berkat bimbingan kedua ibu-bapaknya,
ditambah dengan kecerdasan otak dan kerajinannya, Syeikh Muhammad bin `Abdul
Wahab telah berjaya menghafal al-Qur’an 30 juz sebelum berusia sepuluh tahun.
Setelah beliau belajar pada orantuanya
tentang beberapa bidang pengajian dasar yang meliputi bahasa dan agama, beliau
diserahkan oleh ibu-bapaknya kepada para ulama setempat sebelum dikirim oleh
ibu-bapaknya ke luar daerah.
Tentang ketajaman fikirannya, saudaranya
Sulaiman bin `Abdul Wahab pernah menceritakan begini:
"Bahwa ayah mereka, Syeikh `Abdul Wahab
merasa sangat kagum atas kecerdasan Muhammad, padahal ia masih di bawah umur.
Beliau berkata: `Sungguh aku telah banyak mengambil manfaat dari ilmu
pengetahuan anakku Muhammad, terutama di bidang ilmu Fiqh.’ "
Syeikh Muhammad mempunyai daya kecerdasan
dan ingatan yang kuat, sehingga apa saja yang dipelajarinya dapat difahaminya
dengan cepat sekali, kemudian apa yang telah dihafalnya tidak mudah pula hilang
dalam ingatannya. Demikianlah keadaannya, sehingga kawan-kawan sepermainannya
kagum dan heran kepadanya.
Belajar di Makkah, Madinah dan Basrah
Setelah mencapai usia dewasa, Syeikh
Muhammad bin `Abdul Wahab diajak oleh ayahnya untuk bersama-sama pergi ke tanah
suci Mekah untuk menunaikan rukun Islam yang kelima - mengerjakan haji di
Baitullah. Dan manakala telah selesai menunaikan ibadah haji, ayahnya terus
kembali ke kampung halamannya. Adapun Muhammad, ia tidak pulang, tetapi terus tinggal di Mekah selama
beberapa waktu, kemudian berpindah pula ke Madinah untuk melanjutkan
pengajiannya di sana.
Di Madinah, beliau berguru pada dua orang
ulama besar dan termasyhur di waktu itu. Kedua-dua ulama tersebut sangat
berjasa dalam membentuk pemikirannya, yaitu Syeikh Abdullah bin Ibrahim bin
Saif an-Najdi dan Syeikh Muhammad Hayah al-Sindi.
Selama berada di Madinah, beliau sangat
prihatin menyaksikan ramai umat Islam setempat maupun penziarah dari luar kota Madinah yang telah
melakukan perbuatan-perbuatan tidak kesyirikan dan tidak sepatutnya dilakukan
oleh orang yang mengaku dirinya Muslim.
Beliau melihat ramai umat yang berziarah ke
maqam Nabi mahupun ke maqam-maqam lainnya untuk memohon syafaat, bahkan meminta
sesuatu hajat pada kuburan mahupun penghuninya, yang mana hal ini sama sekali
tidak dibenarkan oleh agama Islam. Apa yang disaksikannya itu menurut Syeikh
Muhammad adalah sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya.
Kesemua inilah yang semakin mendorong Syeikh
Muhammad untuk lebih mendalami pengkajiannya tentang ilmu ketauhidan yang
murni, yakni Aqidah Salafiyah. Bersamaan dengan itu beliau berjanji pada
dirinya sendiri, bahwa pada suatu ketika nanti, beliau akan mengadakan
perbaikan (Islah) dan pembaharuan (Tajdid) dalam masalah yang berkaitan dengan
ketauhidan, yaitu mengembalikan aqidah umat kepada sebersih-bersihnya tauhid
yang jauh dari khurafat, tahyul dan bid’ah. Untuk itu, beliau mesti mendalami
benar-benar tentang aqidah ini melalui kitab-kitab hasil karya ulama-ulama
besar di abad-abad yang silam.
Di antara karya-karya ulama terdahulu yang
paling terkesan dalam jiwanya adalah karya-karya Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah.
Beliau adalah mujaddid besar abad ke 7 Hijriyah yang sangat terkenal.
Demikianlah meresapnya pengaruh dan gaya Ibnu Taimiyah dalam
jiwanya, sehingga Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab bagaikan duplikat(salinan)
Ibnu Taimiyah. Khususnya dalam aspek ketauhidan, seakan-akan semua yang
diidam-idamkan oleh Ibnu Taimiyah semasa hidupnya yang penuh ranjau dan tekanan
dari pihak berkuasa, semuanya telah ditebus dengan kejayaan Ibnu `Abdul Wahab
yang hidup pada abad ke 12 Hijriyah itu.
Setelah beberapa lama menetap di Mekah dan
Madinah, kemudian beliau berpindah ke Basrah. Di sini beliau bermukim lebih
lama, sehingga banyak ilmu-ilmu yang diperolehinya, terutaman di bidang hadith
danmusthalahnya, fiqh dan usul fiqhnya, gramatika (ilmu qawa’id) dan tidak
ketinggalan pula lughatnya semua.
Lengkaplah sudah ilmu yang diperlukan oleh
seorang yang pintar yang kemudian dikembangkan sendiri melalui metode otodidak
(belajar sendiri) sebagaimana lazimnya para ulama besar Islam mengembangkan
ilmu-ilmunya. Di mana bimbingan guru hanyalah sebagai modal dasar yang
selanjutnya untuk dapat dikembangkan dan digali sendiri oleh yang bersangkutan.
Mulai Berdakwah
Mulai Berdakwah
Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab memulai
dakwahnya di Basrah, tempat di mana beliau bermukim untuk menuntut ilmu ketika
itu. Akan tetapi dakwahnya di sana
kurang bersinar, karena menemui banyak rintangan dan halangan dari kalangan
para ulama setempat.
Di antara pendukung dakwahnya di kota Basrah ialah seorang
ulama yang bernama Syeikh Muhammad al-Majmu’i. Tetapi Syeikh Muhammad bin
`Abdul Wahab bersama pendukungnya mendapat tekanan dan ancaman dari sebagian
ulama yang sesat, yaitu ulama jahat yang memusuhi dakwahnya di sana; keduanya diancam akan dibunuh. Akhirnya
beliau meninggalkan Basrah dan mengembara ke beberapa negeri Islam untuk
menyebarkan ilmu dan pengalamannya.
Di samping mempelajari keadaan negeri-negeri
Islam tetangga, demi kepentingan dakwahnya di masa akan datang, dan setelah
menjelajahi beberapa negeri Islam, beliau lalu kembali ke al-Ihsa menemui
gurunya Syeikh Abdullah bin `Abd Latif al-Ihsai untuk mendalami beberapa bidang
pengajian tertentu yang selama ini belum sempat didalaminya.
Di sana
beliau bermukim untuk beberapa waktu, dan kemudian beliau kembali ke kampung
asalnya 'Uyainah, tetapi tidak lama kemudian beliau menyusul orang tuanya yang
merupakan bekas ketua jabatan urusan agama 'Uyainah ke Haryamla, yaitu suatu
tempat di daerah Uyainah juga.
Adalah dikatakan bahwa di antara orang tua
Syeikh Muhammad dan pihak berkuasa Uyainah berlaku perselisihan pendapat, yang
oleh karena itulah orang tua Syeikh Muhammad terpaksa berhijrah ke Haryamla
pada tahun 1139 H.
Setelah perpindahan ayahnya ke Haryamla
kira-kira setahun, barulah Syeikh Muhammad menyusulnya pada tahun 1140 H.
Kemudian, beliau bersama ayahnya itu mengembangkan ilmu dan mengajar serta
berdakwah selama lebih kurang 13 tahun lamanya, sehingga ayahnya meninggal
dunia di sana pada tahun 1153.
Setelah tiga belas tahun menegakkan amar
ma’ruf dan nahi mungkar di Haryamla, beliau mengajak pihak Penguasa setempat
untuk bertindak tegas terhadap gerombolan penjahat yang selalu melakukan
kerusuhan, merampas, merampok serta melakukan pembunuhan. Maka gerombolan
tersebut tidak senang kepada Syeikh Muhammad, lalu mereka mengancam hendak
membunuhnya. Syeikh Muhammad terpaksa meninggalkan Haryamla, berhijrah ke
Uyainah tempat ayahnya dan beliau sendiri dilahirkan.
KEADAAN NEGERI NAJD,
HIJAZ DAN SEKITARNYA
KEADAAN negeri Najd,
Hijaz dan sekitarnya semasa awal pergerakan tauhid amatlah buruknya. Krisis Aqidah
dan akhlak serta merosotnya tata nilai sosial, ekonomi dan politik sudah
mencapai titik kulminasi. Semua itu adalah akibat penjajahan bangsa Turki yang
berpanjangan terhadap bangsa dan Jazirah Arab, di mana tanah Najd dan Hijaz
adalah termasuk jajahannya, di bawah penguasaan Sultan Muhammad Ali Pasya yang
dilantik oleh Khalifah di Turki (Istanbul) sebagai Gubenur Jenderal untuk
daerah koloni di kawasan Timur Tengah, yang berkedudukan di Mesir.
Pemerintahan Turki Raya pada waktu itu
mempunyai daerah kekuasaan yang cukup luas. Pemerintahannya berpusat di Istanbul (Turki), yang
begitu jauh dari daerah jajahannya. Kekuasaan dan pengendalian khalifah mahupun
sultan-sultannya untuk daerah yang jauh dari pusat, sudah mulai lemah dan
kendur disebabkan oleh kekacauan di dalam negeri dan kelemahan di pihak
khalifah dan para sultannya.
Disamping itu, adanya cita-cita dari
amir-amir di negeri Arab untuk melepaskan diri dari kekuasaan pemerintah pusat
yang berkedudukan di Turki. Ditambah lagi dengan hasutan dari bangsa Barat,
terutama penjajah tua yaitu Inggris dan Perancis yang menghasut bangsa Arab dan
umat Islam supaya berjuang merebut kemerdekaan dari bangsa Turki, hal mana
sebenarnya hanyalah tipudaya untuk memudahkan kaum penjajah tersebut menanamkan
pengaruhnya di kawasan itu, kemudian mencengkeramkan kuku penjajahannya di
dalam segala lapangan, seperti politik, ekonomi, kebudayaan dan aqidah.
Kemerosotan dari sektor agama, terutama yang
menyangkut aqidah sudah begitu memuncak. Kebudayaan jahiliyah dahulu seperti
taqarrub (mendekatkan diri) pada kuburan (maqam) keramat, memohon syafaat dan
meminta berkat serta meminta diampuni dosa dan disampaikan hajat, sudah menjadi
ibadah mereka yang paling utama sekali, sedangkan ibadah-ibadah menurut syariat
yang sebenarnya pula dijadikan perkara kedua. Di mana ada maqam wali,
orang-orang soleh, penuh dibanjiri oleh penziarah-penziarah untuk meminta
sesuatu hajat keperluannya. Seperti misalnya pada maqam Syeikh Abdul Qadir Jailani,
dan maqam-maqam wali lainnya. Hal ini terjadi bukan hanya di tanah Arab saja,
tetapi juga di mana-mana, di seluruh pelosok dunia sehingga suasana di negeri
Islam waktu itu seolah-olah sudah berbalik menjadi jahiliyah seperti pada waktu
pra Islam menjelang kebangkitan Nabi Muhammad Shalallahu 'alaihi wassalam.
Masyarakat Muslim lebih banyak berziarah ke
kuburan atau maqam-maqam keramat dengan segala macam munajat dan tawasul, serta
pelbagai doa dialamatkan kepada maqam dan mayat didalamnya, dibandingkan dengan
mereka yang datang ke masjid untuk solat dan munajat kepada Allah Subhanahu wa
Ta'ala. Demikianlah kebodohan umat Islam hampir merata di seluruh negeri,
sehingga di mana-mana maqam yang dianggap keramat, maqam itu dibina bagaikan
bangunan masjid, malah lebih mewah daripada masjid, karena dengan mudah saja
dana mengalir dari mana-mana, terutama biaya yang diperolehi dari setiap
pengunjung yang berziarah ke sana, atau memang adanya tajaan dari orang yang
membiayainya di belakang tabir, dengan maksud-maksud tertentu. Seperti dari
imperalis Inggris yang berdiri di belakang tabir maqam Syeikh Abdul Qadir
Jailani di India misalnya.
Di tengah-tengah keadaan yang sedemikian
rupa, maka Allah melahirkan seorang Mujadid besar (Pembaharu Besar) Syeikh Muhammad
bin `Abdul Wahab (al-Wahabi) dari `Uyainah (Najd) sebagai mujaddid Islam
terbesar abad ke 12 Hijriyah, setelah Ibnu Taimiyah, mujaddid abad ke 7
Hijriyah yang sangat terkenal itu.
Bidang pentajdidan kedua mujaddid besar ini
adalah sama, yaitu mengadakan pentajdidan dalam aspek aqidah, walau masanya
berbeda, yaitu kedua-duanya tampil untuk memperbaharui agama Islam yang sudah
mulai tercemar dengan bid’ah, khurafat dan tahyul yang sedang melanda Islam dan
kaum Muslimin. Menghadapi hal ini Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab telah
menyusun barisan Ahli Tauhid (Muwahhidin) yang berpegang kepada pemurnian
tauhid. Bagi para lawannya, pergerakan ini mereka sebut Wahabiyin yaitu gerakan
Wahabiyah.
Dalam pergerakan tersebut tidak sedikit
rintangan dan halangan yang dilalui. Kadangkala Syeikh terpaksa melakukan
tindakan kekerasan apabila tidak boleh dengan cara yang lembut. Tujuannya tidak
lain melainkan untuk mengembalikan Islam kepada kedudukannya yang sebenarnya,
yaitu dengan memurnikan kembali aqidah umat Islam seperti yang diajarkan oleh
Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.
Setelah perjuangan yang tidak mengenal lelah
itu, akhirnya niat yang ikhlas itu diterima oleh Allah, sesuai dengan
firmanNya: " Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah
nescaya Allah akan menolongmu dan menetapkan pendirianmu. " (Muhammad: 7)
Awal Pergerakan Tauhid
Muhammad bin `Abdul Wahab memulakan
pergerakan di kampungnya sendiri yaitu Uyainah. Di waktu itu Uyainah diperintah
oleh seorang amir (penguasa) bernama Amir Uthman bin Mu’ammar. Amir Uthman
menyambut baik idea dan gagasan Syeikh Muhammad itu dengan sangat gembira, dan
beliau berjanji akan menolong perjuangan tersebut sehingga mencapai kejayaan.
Selama Syeikh melancarkan dakwahnya di
Uyainah, masyarakat negeri itu semua lelaki dan wanita merasakan kembali
kedamaian luar biasa, yang selama ini belum pernah mereka rasakan. Dakwah
Syeikh bergema di negeri mereka. Ukhuwah Islamiyah dan persaudaraan Islam telah
tumbuh kembali berkat dakwahnya di seluruh pelusuk Uyainah dan sekitarnya.
Orang-orang dari jauh pun mula mengalir berhijrah ke Uyainah, karena mereka
menginginkan keamanan dan ketenteraman jiwa di negeri ini.
Syahdan; pada suatu hari, Syeikh Muhammad
bin `Abdul Wahab meminta izin pada Amir Uthman untuk menghancurkan sebuah
bangunan yang dibina di atas maqam Zaid bin al-Khattab. Zaid bin al-Khattab
adalah saudara kandung Umar bin al-Khattab, Khalifah Rasulullah yang kedua.
Syeikh Muhammad mengemukakan alasannya kepada Amir, bahwa menurut hadith Rasulullah
Shalallahu 'alaihi wassalam, membina sesebuah bangunan di atas kubur adalah
dilarang, karena yang demikian itu akan menjurus kepada kemusyrikan. Amir
menjawab: "Silakan... tidak ada seorang pun yang boleh menghalang
rancangan yang mulia ini."
Tetapi Syeikh mengajukan pendapat bahwa
beliau khuatir masalah itu kelak akan dihalang-halangi oleh ahli jahiliyah(kaum
Badwi) yang tinggal berdekatan maqam tersebut. Lalu Amir menyediakan 600 orang
tentara untuk tujuan tersebut bersama-sama Syeikh Muhammad merobohkan maqam
yang dikeramatkan itu.
Sebenarnya apa yang mereka sebut sebagai
maqam Zaid bin al-Khattab Radiyallahu 'anhu yang gugur sebagai syuhada’ Yamamah
ketika menumpaskan gerakan Nabi Palsu (Musailamah al-Kazzab) di negeri Yamamah
suatu waktu dulu, hanyalah berdasarkan prasangka belaka. Karena di sana terdapat puluhan
syuhada’ (pahlawan) Yamamah yang dikebumikan tanpa jelas lagi pengenalan
mereka.
Bisa saja yang mereka anggap maqam Zaid bin
al-Khattab itu adalah maqam orang lain. Tetapi oleh karena masyarakat setempat
di situ telah terlanjur beranggapan bahwa itulah maqam beliau, mereka pun
mengkeramatkannya dan membina sebuah masjid di tempat itu, yang kemudian
dihancurkan pula oleh Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab atas bantuan Amir
Uyainah, Uthman bin Mu’ammar.
Syeikh Muhammad tidak berhenti sampai
disitu, akan tetapi semua maqam-maqam yang dipandang berbahaya bagi aqidah
ketauhidan, yang dibina seperti masjid yang pada ketika itu berselerak di
seluruh wilayah Uyainah turut diratakan semuanya. Hal ini adalah untuk mencegah
agar jangan sampai dijadikan objek peribadatan oleh masyarakat Islam setempat
yang sudah mulai nyata kejahiliahan dalam diri mereka. Dan berkat rahmat Allah,
maka pusat-pusat kemusyrikan di negeri Uyainah dewasa itu telah terkikis habis
sama sekali.
Setelah selesai dari masalah tauhid, maka
Syeikh mulai menerangkan dan mengajarkan hukum-hukum syariat yang sudah
berabad-abad hanya termaktub saja dalam buku-buku fiqh, tetapi tidak pernah
diterapkan sebagai hukum yang diamalkan. Maka yang dilaksanakannya mula-mula
sekali ialah hukum rajam bagi penzina.
Pada suatu hari datanglah seorang wanita
yang mengaku dirinya berzina ke hadapan Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab, dia
meminta agar dirinya dijatui hukuman yang sesuai dengan hukum Allah dan
RasulNya. Meskipun Syeikh mengharapkan agar wanita itu menarik balik
pengakuannya itu, supaya ia tidak terkena hukum rajam, namun wanita tersebut
tetap bertahan dengan pengakuannya tadi, ia ingin menjalani hukum rajam. Maka,
terpaksalah Syeikh menjatuhkan kepadanya hukuman rajam atas dasar pengakuan
wanita tersebut.
Berita tentang kejayaan Syeikh dalam
memurnikan masyarakat Uyainah dan penerapan hukum rajam kepada orang yang
berzina, sudah tersebar luas di kalangan masyarakat Uyainah mahupun di luar
Uyainah.
Masyarakat Uyainah dan sekelilingnya menilai
gerakan Syeikh Ibnu `Abdul Wahab ini sebagai suatu perkara yang mendatangkan
kebaikan. Namun, beberapa kalangan tertentu menilai pergerakan Syeikh Muhammad
itu sebagai suatu perkara yang negatif dan membahayakan kedudukan mereka.
Memang, hal ini sama keadaannya dimanapun di saat tersebut, bahkan pergerakan
pembaharuan tersebut dipandang rawan bagi penentangnya. Hal tersebut seperti
halnya untuk mengislamkan masyarakat Islam yang sudah kembali ke jahiliyah ini,
yaitu, dengan cara mengembalikan mereka kepada Aqidah Salafiyah seperti di
zaman Nabi, para Sahabat dan para Tabi’in dahulu.
Di antara yang menentangnya dakwah tersebut
adalah Amir (pihak berkuasa) wilayah al-Ihsa’ (suku Badwi) dengan para
pengikut-pengikutnya dari Bani Khalid Sulaiman bin Ari’ar al-Khalidi. Mereka
adalah suku Badui yang terkenal berhati keras, suka merampas, merampok dan
membunuh. Pihak berkuasa al-Ihsa’ khuatir kalau pergerakan Syeikh Muhammad tidak
dipatahkan secepat mungkin, sudah pasti wilayah kekuasaannya nanti akan direbut
oleh pergerakan tersebut. Padahal Amir ini sangat takut dijatuhkan hukum Islam
seperti yang telah diperlakukan di negeri Uyainah. Dan tentunya yang lebih
ditakutinya lagi ialah kehilangan kedudukannya sebagai Amir (ketua) suku Badui.
Maka Amir Badui ini menulis sepucuk surat kepada Amir Uyainah
yang isinya mengancam pihak berkuasa Uyainah. Adapun isi ancaman tersebut
ialah: "Apabila Amir Uthman tetap membiarkan dan mengizinkan Syeikh
Muhammad terus berdakwah dan bertempat tinggal di wilayahnya, serta tidak mau
membunuh Syeikh Muhammad, maka semua pajak dan upeti wilayah Badui yang selama
ini dibayar kepada Amir Uthman akan diputuskan (ketika itu wilayah Badwi tunduk
dibawah kekuasaan pemerintahan Uyainah)." Jadi, Amir Uthman dipaksa untuk
memilih dua pilihan, membunuh Syeikh atau suku Badui itu menghentikan
pembayaran upeti.
Ancaman ini amat mempengaruhi pikiran Amir
Uthman, karena upeti dari wilayah Badui sangat besar artinya baginya. Adapun
upeti tersebut adalah terdiri dari emas murni.
Didesak oleh tuntutan tersebut, terpaksalah
Amir Uyainah memanggil Syeikh Muhammad untuk diajak berunding bagaimanakah
mencari jalan keluar dari ancaman tersebut. Soalnya, dari pihak Amir Uthman
tidak pernah sedikit pun terfikir untuk mengusir Syeikh Muhammad dari Uyainah,
apalagi untuk membunuhnya. Tetapi, sebaliknya dari pihaknya juga tidak terdaya
menangkis serangan pihak suku Badui itu.
Maka, Amir Uthman meminta kepada Syeikh Muhammad
supaya dalam hal ini demi keselamatan bersama dan untuk menghindari dari
terjadinya pertumpahan darah, sebaiknya Syeikh bersedia mengalah untuk
meninggalkan negeri Uyainah. Syeikh Muhammad menjawab seperti berikut:
"Wahai Amir! Sebenarnya apa yang aku sampaikan dari dakwahku, tidak lain
adalah DINULLAH (agama Allah), dalam rangka melaksanakan kandungan LA ILAHA
ILLALLAH - Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasulullah.
Maka barangsiapa berpegang teguh pada agama
dan membantu pengembangannya dengan ikhlas dan yakin, pasti Allah akan
mengulurkan bantuan dan pertolonganNya kepada orang itu, dan Allah akan
membantunya untuk dapat menguasai negeri-negeri musuhnya. Saya berharap kepada
anda Amir supaya bersabar dan tetap berpegang terhadap pegangan kita bersama
terlebih dahulu, untuk sama-sama berjuang demi tegaknya kembali Dinullah di
negeri ini. Mohon sekali lagi Amir menerima ajakan ini. Mudah-mudahan Allah
akan memberi pertolongan kepada anda dan menjaga anda dari ancaman Badui itu,
begitu juga dengan musuh-musuh anda yang lainnya. Dan Allah akan memberi
kekuatan kepada anda untuk melawan mereka agar anda dapat mengambil alih daerah
Badui untuk sepenuhnya menjadi daerah Uyainah di bawah kekuasaan anda."
Setelah bertukar fikiran di antara Syeikh dan
Amir Uthman, tampaknya pihak Amir tetap pada pendiriannya, yaitu mengharapkan
agar Syeikh meninggalkan Uyainah secepat mungkin.
Dalam bukunya yang berjudul Al-Imam Muhammad
bin `Abdul Wahab, Wada’ Watahu Wasiratuhu, Syeikh Muhammad bin `Abdul `Aziz bin
`Abdullah bin Baz, beliau berkata: "Demi menghindari pertumpahan darah,
dan karena tidak ada lagi pilihan lain, di samping beberapa pertimbangan
lainnya maka terpaksalah Syeikh meninggalkan negeri Uyainah menuju negeri
Dar’iyah dengan menempuh perjalanan secara berjalan kaki seorang diri tanpa
ditemani oleh seorangpun. Beliau meninggalkan negeri Uyainah pada waktu
dinihari, dan sampai ke negeri Dar’iyah pada waktu malam hari." (Ibnu Baz,
Syeikh `Abdul `Aziz bin `Abdullah, m.s 22)
Tetapi ada juga tulisan lainnya yang
mengatakan bahwa: Pada mulanya Syeikh Muhammad mendapat dukungan penuh dari
pemerintah negeri Uyainah Amir Uthman bin Mu’ammar, namun setelah api
pergerakan dinyalakan, pemerintah setempat mengundurkan diri dari percaturan
pergerakan karena alasan politik (besar kemungkinan takut dipecat dari
kedudukannya sebagai Amir Uyainah oleh pihak atasannya). Dengan demikian,
tinggallah Syeikh Muhammad dengan beberapa orang sahabatnya yang setia untuk
meneruskan dakwahnya. Dan beberapa hari kemudian, Syeikh Muhammad diusir keluar
dari negeri itu oleh pemerintahnya.
Bersamaan dengan itu, pihak berkuasa telah
merencanakan pembunuhan ke atas diri Syeikh di dalam perjalanannya, namun Allah
mempunyai rencana sendiri untuk menyelamatkan Syeikh dari usaha pembunuhan,
wamakaru wamakarallalu wallahu khairul makirin. Mereka mempunyai rencana dan
Allah mempunyai rencanaNya juga, dan Allah sebaik-baik pembuat rencana.
Sehingga Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab selamat di perjalanannya sampai ke negeri
tujuannya, yaitu negeri Dar’iyah.
Syeikh Muhammad di Dar’iyah
Sesampainya Syeikh Muhammad di sebuah
kampung wilayah Dar’iyah, yang tidak berapa jauh dari tempat kediaman Amir
Muhammad bin Saud (pemerintah negeri Dar’iyah), Syeikh menemui seorang penduduk
di kampung itu, orang tersebut bernama Muhammad bin Sulaim al-`Arini. Bin
Sulaim ini adalah seorang yang dikenal soleh oleh masyarakat setempat.
Syeikh meminta izin untuk tinggal bermalam
di rumahnya sebelum ia meneruskan perjalanannya ke tempat lain.
Pada mulanya ia ragu-ragu menerima Syeikh di
rumahnya, karena suasana Dar’iyah dan sekelilingnya pada waktu itu tidak
tenteram, menyebabkan setiap tamu yang datang hendaklah melaporkan diri kepada
pihak berkuasa setempat. Namun, setelah Syeikh memperkenalkan dirinya serta
menjelaskan maksud dan tujuannya datang ke negeri Dar’iyah, yaitu hendak
menyebarkan dakwah Islamiyah dan membenteras kemusyrikan, barulah Muhammad bin
Sulaim ingin menerimanya sebagai tamu di rumahnya.
Sesuai dengan peraturan yang wujud di
Dar’iyah di kala itu, yang mana setiap tetamu hendaklah melaporkan diri kepada
pihak berkuasa setempat, maka Muhammad bin Sulaim menemui Amir Muhammad untuk
melaporkan tamunya yang baru tiba dari Uyainah dengan menjelaskan maksud dan tujuannya
kepada beliau.
Kononnya, ada riwayat yang mengatakan; bahwa
seorang soleh datang menemui isteri Amir Ibnu
Saud, ia berpesan
untuk menyampaikan kepada suaminya, bahwa ada seorang ulama dari Uyainah yang
bernama Muhammad bin `Abdul Wahab hendak menetap di negerinya. Beliau hendak
menyampaikan dakwah Islamiyah dan mengajak masyarakat kepada sebersih-bersih
tauhid. Ia meminta agar isteri Amir Ibnu Saud membujuk suaminya supaya menerima
ulama tersebut agar dapat menjadi warga negeri Dar’iyah serta mau membantu
perjuangannya dalam menegakkan agama Allah.
Isteri Ibnu Saud ini sebenarnya adalah
seorang wanita yang soleh. Maka, tatkala Ibnu Saud mendapat giliran ke rumah
isterinya ini, si isteri menyampaikan semua pesan-pesan itu kepada suaminya.
Selanjutnya ia berkata kepada suaminya:
"Bergembiralah kakanda dengan keuntungan besar ini, keuntungan di mana
Allah telah mengirimkan ke negeri kita seorang ulama, juru dakwah yang mengajak
masyarakat kita kepada agama Allah, berpegang teguh kepada Kitabullah dan
Sunnah RasulNya. Inilah suatu keuntungan yang sangat besar. Kanda jangan
ragu-ragu untuk menerima dan membantu perjuangan ulama ini, mari sekarang juga
kakanda menjemputnya kemari."
Akhirnya, baginda Ibnu Saud dapat diyakinkan
oleh isterinya yang soleh itu. Namun, baginda bimbang sejenak. Ia berfikir
apakah Syeikh itu dipanggil datang menghadapnya, ataukah dia sendiri yang harus
datang menjemput Syeikh, untuk dibawa ke tempat kediamannya? Baginda pun
meminta pandangan dari beberapa penasihatnya, terutama isterinya sendiri,
tentang bagaimanakah cara yang lebih baik harus dilakukannya.
Isterinya dan para penasihatnya yang lain
sepakat bahwa sebaik-baiknya dalam hal ini, baginda sendiri yang harus datang
menemui Syeikh Muhammad di rumah Muhammad bin Sulaim. Karena ulama itu
didatangi dan bukan ia yang datang, al-`alim Yuraru wala Yazuru.’` Maka baginda
dengan segala kerendahan hatinya menyetujui nasihat dan isyarat dari isteri
maupun para penasihatnya.
Maka pergilah baginda bersama beberapa orang
pentingnya ke rumah Muhammad bin Sulaim, di mana Syeikh Muhammad bermalam.
Sesampainya baginda di rumah Muhammad bin
Sulaim; di sana
Syeikh bersama anda punya rumah sudah bersedia menerima kedatangan Amir Ibnu
Saud. Amir Ibnu Saud memberi salam dan keduanya saling merendahkan diri, saling
menghormati.
Amir Ibnu Saud berkata: "Ya Syeikh!
Bergembiralah anda di negeri kami, kami menerima dan menyambut kedatangan anda
di negeri ini dengan penuh gembira. Dan kami berikrar untuk menjamin
keselamatan dan keamanan anda Syeikh di negeri ini dalam menyampaikan dakwahnya
kepada masyarakat Dar’iyah. Demi kejayaan dakwah Islamiyah yang anda Syeikh
rencanakan, kami dan seluruh keluarga besar Ibnu Saud akan mempertaruhkan nyawa
dan harta untuk bersama-sama anda Syeikh berjuang demi meninggikan agama Allah
dan menghidupkan sunnah RasulNya sehingga Allah memenangkan perjuangan ini,
Insya Allah!"
Kemudian anda Syeikh menjawab:
"Alhamdulillah, anda juga patut gembira, dan Insya Allah negeri ini akan
diberkati Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kami ingin mengajak umat ini kepada agama
Allah. Siapa yang menolong agama ini, Allah akan menolongnya. Dan siapa yang
mendukung agama ini, nescaya Allah akan mendukungnya. Dan Insya Allah kita akan
melihat kenyataan ini dalam waktu yang tidak begitu lama."
Demikianlah seorang Amir (penguasa) tunggal
negeri Dar’iyah, yang bukan hanya sekadar membela dakwahnya saja, tetapi juga
sekaligus membela darahnya bagaikan saudara kandung sendiri, yang berarti di
antara Amir dan Syeikh sudah bersumpah setia sehidup-semati, senasib, dalam
menegakkan hukum Allah dan RasulNya di bumi persada tanah Dar’iyah.
Ternyata apa yang diikrarkan oleh Amir Ibnu
Saud itu benar-benar ditepatinya. Ia bersama Syeikh seiring sejalan,
bahu-membahu dalam menegakkan kalimah Allah, dan berjuang di jalanNya. Sehingga
cita-cita dan perjuangan mereka disampaikan Allah dengan penuh kemenangan yang
gilang-gemilang.
Sejak hijrahnya Tuan Syeikh ke negeri
Dar’iyah, kemudian melancarkan dakwahnya di sana, maka berduyun-duyunlah masyarakat luar
Dar’iyah yang datang dari penjuru Jazirah Arab. Di antara lain dari Uyainah,
Urgah, Manfuhah, Riyadh
dan negeri-negeri jiran yang lain, menuju Dar’iyah untuk menetap dan bertempat
tinggal di negeri hijrah ini, sehingga negeri Dar’iyah penuh sesak dengan kaum
muhajirin dari seluruh pelosok tanah Arab.
Nama Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab dengan
ajaran-ajarannya itu sudah begitu popular di kalangan masyarakat, baik di dalam
negeri Dar’iyah mahupun di luar negerinya, sehingga ramai para penuntut ilmu
datang berbondong-bondong, secara perseorangan maupun secara berombongan datang
ke negeri Dar’iyah.
Maka menetaplah Syeikh di negeri Hijrah ini
dengan penuh kebesaran, kehormatan dan ketenteraman serta mendapat sokongan dan
kecintaan dari semua pihak. Beliau pun mulai membuka madrasah dengan
menggunakan kurikulum yang menjadi teras bagi rencana perjuangan beliau, yaitu
bidang pengajian 'Aqaid al-Qur’an, tafsir, fiqh, usul fiqh, hadith, musthalah
hadith, gramatika (nahu/saraf)nya serta lain-lain lagi dari ilmu-ilmu yang
bermanfaat.
Dalam waktu yang singkat saja, Dar’iyah
telah menjadi kiblat ilmu dan kota
pelajar penuntut Islam. Para penuntut ilmu,
tua dan muda, berduyun-duyun datang ke negeri ini. Di samping pendidikan formal
(madrasah), diadakan juga dakwah, yang bersifat terbuka untuk semua lapisan
masyarakat umum, begitu juga majlis-majlis ta’limnya.
Gema dakwah beliau begitu membahana di
seluruh pelosok Dar’iyah dan negeri-negeri jiran yang lain. Kemudian, Syeikh mula
menegakkan jihad, menulis surat-surat dakwahnya kepada tokoh-tokoh tertentu
untuk bergabung dengan barisan Muwahhidin yang dipimpin oleh beliau sendiri.
Hal ini dalam rangka pergerakan pembaharuan tauhid demi membasmi syirik, bid’ah
dan khurafat di negeri mereka masing-masing.
Untuk langkah awal pergerakan itu, beliau
memulai di negeri Najd. Beliau pun mula
mengirimkan surat-suratnya kepada ulama-ulama dan penguasa-penguasa di sana.
Berdakwah Melalui Surat-menyurat
Syeikh menempuh pelbagai macam dan cara,
dalam menyampaikan dakwahnya, sesuai dengan keadaan masyarakat yang
dihadapinya. Di samping berdakwah melalui lisan, beliau juga tidak mengabaikan
dakwah secara pena dan pada saatnya juga jika perlu beliau berdakwah dengan
besi (pedang).
Maka Syeikh mengirimkan suratnya kepada
ulama-ulama Riyadh
dan para umaranya, yang pada ketika itu adalah Dahkan bin Dawwas. Surat-surat
itu dikirimkannya juga kepada para ulama Khariq dan penguasa-penguasa, begitu
juga ulama-ulama negeri Selatan, seperti al-Qasim, Hail, al-Wasyim, Sudair dan
lain-lainnya.
Beliau terus mengirimkan surat-surat
dakwahnya itu ke sleuruh penjuru Arab, baik yang dekat ataupun jauh. Semua
surat-surat itu ditujukan kepada para umara dan ulama, dalam hal ini
termasuklah ulama negeri al-Ihsa’, daerah Badwi dan Haramain (Mekah - Madinah).
Begitu juga kepada ulama-ulama Mesir, Syria, Iraq, Hindia, Yaman dan lain-lain
lagi. Di dalam surat-surat itu, beliau menjelaskan tentang bahaya syirik yang
mengancam negeri-negeri Islam di seluruh dunia, juga bahaya bid’ah, khurafat
dan tahyul.
Bukanlah bererti bahwa ketika itu tidak ada
lagi perhatian para ulama Islam setempat kepada agama ini, sehingga seolah-olah
bagaikan tidak ada lagi yang memperahtikan masalah agama. Akan tetapi yang
sedang kita bicarakan sekarang adalah masalah negeri Najd
dan sekitarnya.
Tentang keadaan negeri Najd,
di waktu itu sedang dilanda serba kemusyrikan, kekacauan, keruntuhan moral,
bid’ah dan khurafat. Kesemuanya itu timbul bukanlah karena tidak adanya para
ulama, malah ulama sangat ramai jumlahnya, tetapi kebanyakan mereka tidak mampu
menghadapi keadaan yang sudah begitu parah. Misalnya, di negeri Yaman dan
lainnya, di mana di sana
tidak sedikit para ulamanya yang aktif melakukan amar ma’ruf nahi mungkar,
serta menjelaskan mana yang bid’ah dan yang sunnah. Namun Allah belum
mentaqdirkan kejayaan dakwah itu dari tangan mereka seperti apa yang Allah
taqdirkan kepada Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab.
Berkat hubungan surat menyurat Syeikh
terhadap para ulama dan umara dalam dan luar negeri, telah menambahkan
kemasyhuran nama Syeikh sehingga beliau disegani di antara kawan dan lawannya,
hingga jangkauan dakwahnya semakin jauh berkumandang di luar negeri, dan tidak
kecil pengaruhnya di kalangan para ulama dan pemikir Islam di seluruh dunia,
seperti di Hindia, Indonesia, Pakistan, Afthanistan, Afrika Utara, Maghribi,
Mesir, Syria, Iraq dan lain-lain lagi.
Memang cukup banyak para da’i dan ulama di
negeri-negeri tersebut tetapi pada waktu itu kebanyakan di antara mereka yang
kehilangan arah, meskipun mereka memiliki ilmu-ilmu yang cukup memadai.
Begitu semarak dan bergemanya suara dakwah
dari Najd ke negeri-negeri mereka, serentak
mereka bangkit sahut-menyahut menerima ajakan Syeikh Ibnu `Abdul Wahab untuk
menumpaskan kemusyrikan dan memperjuangkan pemurnian tauhid. Semangat mereka
timbul kembali bagaikan pohon yang telah layu, lalu datang hujan lebat
menyiramnya sehingga menjadi hijau dan segar kembali.
Demikianlah banyaknya surat-menyurat di
antara Syeikh dengan para ulama di dalam dan luar Jazirah Arab, sehingga
menjadi dokumen yang amat berharga sekali. Akhir-akhir ini semua tulisan
beliau, yang berupa risalah, maupun kitab-kitabnya, sedang dihimpun untuk
dicetak dan sebagian sudah dicetak dan disebarkan ke seluruh pelosok dunia
Islam, baik melalui Rabithah al-`Alam Islami, maupun terus dari pihak kerajaan
Saudi sendiri ( di masa mendatang). Begitu juga dengan tulisan-tulisan dari
putera-putera dan cucu-cucu beliau serta tulisan-tulisan para murid-muridnya
dan pendukung-pendukungnya yang telah mewarisi ilmu-ilmu beliau. Di masa kini,
tulisan-tulisan beliau sudah tersebar luas ke seluruh pelosok dunia Islam.
Dengan demikian, jadilah Dar’iyah sebagai
pusat penyebaran dakwah kaum Muwahhidin (gerakan pemurnian tauhid) oleh Syeikh
Muhammad bin `Abdul Wahab yang didukung oleh penguasa Amir Ibnu Saud. Kemudian
murid-murid keluaran Dar’iyah pula menyebarkan ajaran-ajaran tauhid murni ini
ke seluruh pelusuk negeri dengan cara membuka sekolah-sekolah di daerah-daerah
mereka.
Namun, meskipun demikian, perjalanan dakwah
ini tidak sedikit mengalami rintangan dan gangguan yang menghalangi. Tetapi
setiap perjuangan itu tidak mungkin berjaya tanpa adanya pengorbanan.
Sejarah pembaharuan yang digerakkan oleh
Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab ini tercatat dalam sejarah dunia sebagai yang
paling hebat dari jenisnya dan amat cemerlang.
Di samping itu, hal ini merupakan suatu
pergerakan perubahan besar yang banyak memakan korban manusia maupun harta
benda. Karena pergerakan ini mendapat tentangan bukan hanya dari luar, akan
tetapi lebih banyak datangnya dari kalangan sendiri, terutama dari tokoh-tokoh
agama Islam sendiri yang takut akan kehilangan pangkat, kedudukan, pengaruh dan
jamaahnya. Namun, oleh karena perlawanan sudah juga digencarkan muslimin
sendiri, maka orang-orang di luar Islam pula, terutama kaum orientalis mendapat
angin segar untuk turut campur-tangan membesarkan perselisihan diantara umat
Islam sehingga terjadi saling membid’ahkan dan bahkan saling mengkafirkan.
Masa-masa tersebut telah pun berlalu. Umat
Islam kini sudah sedar tentang apa dan siapa kaum pengikut dakwah Rasulullah
yang diteruskan Muhammad bin Abdul Wahhab (dijuluki Wahabi). Dan satu persatu
kejahatan dan kebusukan kaum orientalis yang sengaja mengadu domba antara
sesama umat Islam semenjak awal, begitu juga dari kaum penjajah Barat, semuanya
kini sudah terungkap.
Meskipun usaha musuh-musuh dakwahnya begitu
hebat, sama ada dari kalangan dalam Islam sendiri, mahupun dari kalangan
luarnya, yang dilancarkan melalui pena atau ucapan, yang ditujukan untuk
membendung dakwah tauhid ini, namun usaha mereka sia-sia belaka, karena
ternyata Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memenangkan perjuangan dakwah tauhid
yang dipelopori oleh Syeikh Islam, Imam Muhammad bin `Abdul Wahab yang telah
mendapat sambutan bukan hanya oleh penduduk negeri Najd saja, akan tetapi juga
sudah menggema ke seluruh dunia Islam dari Maghribi sampai ke Merauke, malah
kini sudah berkumandang pula ke seluruh jagat raya.
Dalam hal ini, jasa-jasa Putera Muhammad bin
Saud (pendiri kerajaan Arab Saudi) dengan semua anak cucunya tidaklah boleh
dilupakan begitu saja, di mana dari masa ke masa mereka telah membantu
perjuangan tauhid ini dengan harta dan jiwa.
SIAPAKAH Salafiyyah ITU?
SEBAGAIMANA yang telah disebutkan, bahwa
Salafiyyah itu adalah suatu pergerakan pembaharuan di bidang agama, khususnya
di bidang ketauhidan. Tujuannya ialah untuk memurnikan kembali ketauhidan yang
telah tercemar oleh pelbagai macam bid’ah dan khurafat yang membawa kepada
kemusyrikan.
Untuk mencapai tujuan tersebut, Syeikh
Muhammad bin `Abdul Wahab telah menempuh pelbagai macam cara. Kadangkala lembut
dan kadangkala kasar, sesuai dengan sifat orang yang dihadapinya. Beliau mendapat
pertentangan dan perlawanan dari kelompok yang tidak menyenanginya karena
sikapnya yang tegas dan tanpa kompromi, sehingga lawan-lawannya membuat
tuduhan-tuduhan ataupun pelbagai fitnah terhadap dirinya dan
pengikut-pengikutnya.
Musuh-musuhnya pernah menuduh bahwa Syeikh
Muhammad bin `Abdul Wahab telah melarang para pengikutnya membaca kitab fiqh,
tafsir dan hadith. Malahan ada yang lebih keji, yaitu menuduh Syeikh Muhammad
telah membakar beberapa kitab tersebut, serta menafsirkan al-Qur’an menurut
kehendak hawa nafsu sendiri.
Apa yang dituduh dan difitnah terhadap
Syeikh Ibnu `Abdul Wahab itu, telah dijawab dengan tegas oleh seorang pengarang
terkenal, yaitu al-Allamah Syeikh Muhammad Basyir as-Sahsawani, dalam bukunya
yang berjudul Shiyanah al-Insan di halaman 473 seperti berikut:
"Sebenarnya tuduhan tersebut telah
dijawab sendiri oleh Syeikh Ibnu `Abdul Wahab sendiri dalam suatu risalah yang
ditulisnya dan dialamatkan kepada `Abdullah bin Suhaim dalam pelbagai masalah
yang diperselisihkan itu. Diantaranya beliau menulis bahwa semua itu adalah
bohong dan kata-kata dusta belaka, seperti dia dituduh membatalkan kitab-kitab
mazhab, dan dia mendakwakan dirinya sebagai mujtahid, bukan muqallid."
Kemudian dalam sebuah risalah yang
dikirimnya kepada `Abdurrahman bin `Abdullah, Muhammad bin `Abdul Wahab
berkata: "Aqidah dan agama yang aku anut, ialah mazhab Ahli Sunnah wal
Jamaah, sebagai tuntunan yang dipegang oleh para Imam Muslimin, seperti
Imam-imam Mazhab empat dan pengikut-pengikutnya sampai hari kiamat. Aku
hanyalah suka menjelaskan kepada orang-orang tentang pemurnian agama dan aku
larang mereka berdoa (mohon syafaat) pada orang yang hidup atau orang mati
daripada orang-orang soleh dan lainnya."
`Abdullah bin Muhammad bin `Abdul Wahab,
menulis dalam risalahnya sebagai ringkasan dari beberapa hasil karya ayahnya,
Syeikh Ibnu `Abdul Wahab, seperti berikut: "Bahwa mazhab kami dalam
Ushuluddin (Tauhid) adalah mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah, dan cara (sistem)
pemahaman kami adalah mengikuti cara Ulama Salaf. Sedangkan dalam hal masalah
furu’ (fiqh) kami cenderung mengikuti mazhab Ahmad bin Hanbal rahimahullah.
Kami tidak pernah mengingkari (melarang) seseorang bermazhab dengan salah satu
daripada mazhab yang empat. Dan kami tidak mempersetujui seseorang bermazhab
kepada mazhab yang luar dari mazhab empat, seprti mazhab Rafidhah, Zaidiyah,
Imamiyah dan lain-lain lagi. Kami tidak membenarkan mereka mengikuti
mazhab-mazhab yang batil. Malah kami memaksa mereka supaya bertaqlid (ikut)
kepada salah satu dari mazhab empat tersebut. Kami tidak pernah sama sekali
mengaku bahwa kami sudah sampai ke tingkat mujtahid mutlaq, juga tidak seorang
pun di antara para pengikut kami yang berani mendakwakan dirinya dengan
demikian. Hanya ada beberapa masalah yang kalau kami lihat di sana ada nash
yang jelas, baik dari Qur’an mahupun Sunnah, dan setelah kami periksa dengan
teliti tidak ada yang menasakhkannya, atau yang mentaskhsiskannya atau yang
menentangnya, lebih kuat daripadanya, serta dipegangi pula oleh salah seorang
Imam empat, maka kami mengambilnya dan kami meninggalkan mazhab yang kami anut,
seperti dalam masalah warisan yang menyangkut dengan kakek dan saudara lelaki;
Dalam hal ini kami berpendirian mendahulukan kakek, meskipun menyalahi mazhab
kami (Hambali)."
Demikianlah bunyi isi tulisan kitab Shiyanah
al-Insan, hal. 474. Seterusnya beliau berkata: "Adapun yang mereka fitnah
kepada kami, sudah tentu dengan maksud untuk menutup-nutupi dan
menghalang-halangi yang hak, dan mereka membohongi orang banyak dengan berkata:
`Bahwa kami suka mentafsirkan Qur’an dengan selera kami, tanpa mengindahkan
kitab-kitab tafsirnya. Dan kami tidak percaya kepada ulama, menghina Nabi kita
Muhammad Shalallahu 'alaihi wassalam’ dan dengan perkataan `bahwa jasad Nabi
Shalallahu 'alaihi wassalam itu buruk di dalam kuburnya. Dan bahwa tongkat kami
ini lebih bermanfaat daripada Nabi, dan Nabi itu tidak mempunyai syafaat.
Dan ziarah kepada kubur Nabi itu tidak
sunat, Nabi tidak mengerti makna "La ilaha illallah" sehingga perlu
diturunkan kepadanya ayat yang berbunyi: "Fa’lam annahu La ilaha
illallah," dan ayat ini diturunkan di Madinah. Dituduhnya kami lagi, bahwa
kami tidak percaya kepada pendapat para ulama. Kami telah menghancurkan
kitab-kitab karangan para ulama mazhab, karena didalamnya bercampur antara yang
hak dan batil. Malah kami dianggap mujassimah (menjasmanikan Allah), serta kami
mengkufurkan orang-orang yang hidup sesudah abad keenam, kecuali yang mengikuti
kami. Selain itu kami juga dituduh tidak mahu menerima bai’ah seseorang
sehingga kami menetapkan atasnya `bahwa dia itu bukan musyrik begitu juga
ibu-bapaknya juga bukan musyrik.’
Dikatakan lagi bahwa kami telah melarang
manusia membaca selawat ke atas Nabi Shalallahu 'alaihi wassalam dan mengharamkan
berziarah ke kubur-kubur. Kemudian dikatakannya pula, jika seseorang yang
mengikuti ajaran agama sesuai dengan kami, maka orang itu akan diberikan
kelonggaran dan kebebasan dari segala beban dan tanggungan atau hutang
sekalipun.
Kami dituduh tidak mahu mengakui kebenaran
para ahlul Bait Radiyallahu 'anhum. Dan kami memaksa menikahkan seseorang yang
tidak kufu serta memaksa seseorang yang tua umurnya dan ia mempunyai isteri
yang muda untuk diceraikannya, karena akan dinikahkan dengan pemuda lainnya
untuk mengangkat derajat golongan kami.
Maka semua tuduhan yang diada-adakan dalam
hal ini sungguh kami tidak mengerti apa yang harus kami katakan sebagai
jawapan, kecuali yang dapat kami katakan hanya "Subhanaka - Maha suci
Engkau ya Allah" ini adalah kebohongan yang besar. Oleh karena itu, maka
barangsiapa menuduh kami dengan hal-hal yang tersebut di atas tadi, mereka
telah melakukan kebohongan yang amat besar terhadap kami. Barangsiapa mengaku
dan menyaksikan bahwa apa yang dituduhkan tadi adalah perbuatan kami, maka
ketahuilah: bahwa kesemuanya itu adalah suatu penghinaan terhadap kami, yang
dicipta oleh musuh-musuh agama ataupun teman-teman syaithan dari menjauhkan
manusia untuk mengikuti ajaran sebersih-bersih tauhid kepada Allah dan
keikhlasan beribadah kepadaNya.
Kami beri’tiqad bahwa seseorang yang
mengerjakan dosa besar, seperti melakukan pembunuhan terhadap seseorang Muslim
tanpa alasan yang wajar, begitu juga seperti berzina, riba’ dan minum arak,
meskipun berulang-ulang, maka orang itu hukumnya tidaklah keluar dari Islam
(murtad), dan tidak kekal dalam neraka, apabila ia tetap bertauhid kepada Allah
dalam semua ibadahnya." (Shiyanah al-Insan, m.s 475)
Khusus tentang Nabi Muhammad Shalallahu
'alaihi wassalam, Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab berkata: "Dan apapun
yang kami yakini terhadap martabat Muhammad Shalallahu 'alaihi wassalam bahwa
martabat beliau itu adalah setinggi-tinggi martabat makhluk secara mutlak. Dan
Beliau itu hidup di dalam kuburnya dalam keadaan yang lebih daripada kehidupan
para syuhada yang telah digariskan dalam Al-Qur’an. Karena Beliau itu lebih
utama dari mereka, dengan tidak diragukan lagi. Bahwa Rasulullah Shalallahu
'alaihi wassalam mendengar salam orang yang mengucapkan kepadanya. Dan adalah
sunnah berziarah kepada kuburnya, kecuali jika semata-mata dari jauh hanya
datang untuk berziarah ke maqamnya. Namun Sunat juga berziarah ke masjid Nabi
dan melakukan solat di dalamnya, kemudian berziarah ke maqamnya. Dan
barangsiapa yang menggunakan waktunya yang berharga untuk membaca selawat ke
atas Nabi, selawat yang datang daripada beliau sendiri, maka ia akan mendapat
kebahagiaan di dunia dan akhirat."
Tantangan Dakwah Salafiyyah
Sebagaimana lazimnya, seorang pemimpin besar
dalam suatu gerakan perubahan , maka Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab pun tidak
lepas dari sasaran permusuhan dari pihak-pihak tertentu, baik dari dalam maupun
dari luar Islam, terutama setelah Syeikh menyebarkah dakwahnya dengan tegas
melalui tulisan-tulisannya, berupa buku-buku mahupun surat-surat yang tidak
terkira banyaknya. Surat-surat itu dikirim ke segenap penjuru negeri Arab dan
juga negeri-negeri Ajam (bukan Arab).
Surat-suratnya itu dibalas oleh pihak yang
menerimanya, sehingga menjadi beratus-ratus banyaknya. Mungkin kalau dibukukan
niscaya akan menjadi puluhan jilid tebalnya.
Sebagian dari surat-surat ini sudah
dihimpun, diedit serta diberi ta’liq dan sudah diterbitkan, sebagian lainnya
sedang dalam proses penyusunan. Ini tidak termasuk buku-buku yang sangat
berharga yang sempat ditulis sendiri oleh Syeikh di celah-celah kesibukannya
yang luarbiasa itu. Adapun buku-buku yang sempat ditulisnya itu berupa
buku-buku pegangan dan rujukan kurikulum yang dipakai di madrasah-madrasah
ketika beliau memimpin gerakan tauhidnya.
Tentangan maupun permusuhan yang menghalang
dakwahnya, muncul dalam dua bentuk:
1. Permusuhan atau tentangan atas nama
ilmiyah dan agama,
2. Atas nama politik yang berselubung agama.
Bagi yang terakhir, mereka memperalatkan
golongan ulama tertentu, demi mendukung kumpulan mereka untuk memusuhi dakwah
Wahabiyah.
Mereka menuduh dan memfitnah Syeikh sebagai
orang yang sesat lagi menyesatkan, sebagai kaum Khawarij, sebagai orang yang
ingkar terhadap ijma’ ulama dan pelbagai macam tuduhan buruk lainnya.
Namun Syeikh menghadapi semuanya itu dengan
semangat tinggi, dengan tenang, sabar dan beliau tetap melancarkan dakwah bil
lisan dan bil hal, tanpa mempedulikan celaan orang yang mencelanya.
Pada hakikatnya ada tiga golongan
musuh-musuh dakwah beliau:
1. Golongan ulama khurafat, yang mana mereka
melihat yang haq (benar) itu batil dan yang batil itu haq. Mereka menganggap
bahwa mendirikan bangunan di atas kuburan lalu dijadikan sebagai masjid untuk
bersembahyang dan berdoa di sana
dan mempersekutukan Allah dengan penghuni kubur, meminta bantuan dan meminta
syafaat padanya, semua itu adalah agama dan ibadah. Dan jika ada orang-orang
yang melarang mereka dari perbuatan jahiliyah yang telah menjadi adat tradisi
nenek moyangnya, mereka menganggap bahwa orang itu membenci auliya’ dan
orang-orang soleh, yang bererti musuh mereka yang harus segera diperangi.
2. Golongan ulama taashub, yang mana mereka
tidak banyak tahu tentang hakikat Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab dan hakikat
ajarannya. Mereka hanya taqlid belaka dan percaya saja terhadap berita-berita
negatif mengenai Syeikh yang disampaikan oleh kumpulan pertama di atas sehingga
mereka terjebak dalam perangkap Ashabiyah (kebanggaan dengan golongannya) yang
sempit tanpa mendapat kesempatan untuk melepaskan diri dari belitan
ketaashubannya. Lalu menganggap Syeikh dan para pengikutnya seperti yang
diberitakan, yaitu; anti Auliya’ dan memusuhi orang-orang shaleh serta
mengingkari karamah mereka. Mereka mencaci-maki Syeikh habis-habisan dan beliau
dituduh sebagai murtad.
3. Golongan yang takut kehilangan pangkat
dan jawatan, pengaruh dan kedudukan. Maka golongan ini memusuhi beliau supaya
dakwah Islamiyah yang dilancarkan oleh Syeikh yang berpandukan kepada aqidah
Salafiyah murni gagal karena ditelan oleh suasana hingar-bingarnya penentang
beliau.
Demikianlah tiga jenis musuh yang lahir di
tengah-tengah nyalanya api gerakan yang digerakkan oleh Syeikh dari Najd ini, yang mana akhirnya terjadilah perang perdebatan
dan polemik yang berkepanjangan di antara Syeikh di satu pihak dan lawannya di
pihak yang lain. Syeikh menulis surat-surat dakwahnya kepada mereka, dan mereka
menjawabnya. Demikianlah seterusnya.
Perang pena yang terus menerus berlangsung
itu, bukan hanya terjadi di masa hayat Syeikh sendiri, akan tetapi berterusan
sampai kepada anak cucunya. Di mana anak cucunya ini juga ditakdirkan Allah
menjadi ulama.
Merekalah yang meneruskan perjuangan
al-maghfurlah Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab, yang dibantu oleh para muridnya
dan pendukung-pendukung ajarannya. Demikianlah perjuangan Syeikh yang berawal
dengan lisan, lalu dengan pena dan seterusnya dengan senjata, telah didukung
sepenuhnya oleh Amir Muhammad bin Saud, penguasa Dar’iyah.
Beliau pertama kali yang mengumandangkan
jihadnya dengan pedang pada tahun 1158 H. Sebagaimana kita ketahui bahwa
seorang da’i ilallah, apabila tidak didukung oleh kekuatan yang mantap, pasti
dakwahnya akan surut, meskipun pada tahap pertama mengalami kemajuan. Namun
pada akhirnya orang akan jemu dan secara beransur-ansur dakwah itu akan
ditinggalkan oleh para pendukungnya.
Oleh karena itu, maka kekuatan yang paling
ampuh untuk mempertahankan dakwah dan pendukungnya, tidak lain harus didukung
oleh senjata. Karena masyarakat yang dijadikan sebagai objek daripada dakwah
kadangkala tidak mampan dengan lisan mahupun tulisan, akan tetapi mereka harus
diiring dengan senjata, maka waktu itulah perlunya memainkan peranan senjata.
Alangkah benarnya firman Allah Subhanahu wa
Ta'ala: " Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami, dengan
membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab
dan Mizan/neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan
Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai
manfaat bagi umat manusia, dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong
(agama)Nya dan RasulNya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha
Kuat dan Maha Perkasa." (al-Hadid:25)
Ayat di atas menerangkan bahwa Allah
Subhanahu wa Ta'ala mengutus para RasulNya dengan disertai bukti-bukti yang
nyata untuk menumpaskan kebatilan dan menegakkan kebenaran. Di samping itu
pula, mereka dibekalkan dengan Kitab yang di dalamnya terdapat pelbagai macam
hukum dan undang-undang, keterangan dan penjelasan. Juga Allah menciptakan
neraca (mizan) keadilan, baik dan buruk serta haq dan batil, demi tertegaknya
kebenaran dan keadilan di tengah-tengah umat manusia.
Namun semua itu tidak mungkin berjalan
dengan lancar dan stabil tanpa ditunjang oleh kekuatan besi (senjata) yang
menurut keterangan al-Qur’an al-Hadid fihi basun syadid yaitu, besi baja yang
mempunyai kekuatan dahsyat. yaitu berupa senjata tajam, senjata api, peluru,
senapan, meriam, kapal perang, nuklir dan lain-lain lagi, yang pembuatannya
mesti menggunakan unsur besi.
Sungguh besi itu amat besar manfaatnya bagi
kepentingan umat manusia yang mana al-Qur’an menyatakan dengan Wama nafiu
linasi yaitu dan banyak manfaatnya bagi umat manusia. Apatah lagi jika
dipergunakan bagi kepentingan dakwah dan menegakkan keadilan dan kebenaran
seperti yang telah dimanfaatkan oleh Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab semasa
gerakan tauhidnya tiga abad yang lalu.
Orang yang mempunyai akal yang sehat dan
fikiran yang bersih akan mudah menerima ajaran-ajaran agama, sama ada yang
dibawa oleh Nabi, mahupun oleh para ulama. Akan tetapi bagi orang zalim dan
suka melakukan kejahatan, yang diperhambakan oleh hawa nafsunya, mereka tidak
akan tunduk dan tidak akan mau menerimanya, melainkan jika mereka diiring
dengan senjata.
Demikianlah Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab
dalam dakwah dan jihadnya telah memanfaatkan lisan, pena serta pedangnya
seperti yang dilakukan oleh Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam sendiri, di
waktu baginda mengajak kaum Quraisy kepada agama Islam pada waktu dahulu. Yang
demikian itu telah dilakukan terus menerus oleh Syeikh Muhammad selama lebih
kurang 48 tahun tanpa berhenti, yaitu dari tahun 1158 hinggalah akhir hayatnya
pada tahun 1206 H.
Adalah suatu kebahagiaan yang tidak
terucapkan bagi beliau, yang mana beliau dapat menyaksikan sendiri akan
kejayaan dakwahnya di tanah Najd dan daerah sekelilingnya, sehingga masyarakat
Islam pada ketika itu telah kembali kepada ajaran agama yang sebenar-benarnya,
sesuai dengan tuntunan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.
Dengan demikian, maka maqam-maqam yang
didirikan dengan kubah yang lebih mewah dari kubah masjid-masjid, sudah tidak
kelihatan lagi di seluruh negeri Najd, dan
orang ramai mula berduyun-duyun pergi memenuhi masjid untuk bersembahyang dan
mempelajari ilmu agama. Amar ma’ruf ditegakkan, keamanan dan ketenteraman
masyarakat menjadi stabil dan merata di kota
mahupun di desa. Syeikh kemudian mengirim guru-guru agama dan mursyid-mursyid
ke seluruh pelusuk desa untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama kepada masyarakat
setempat terutama yang berhubungan dengan aqidah dan syari’ah.
Setelah beliau meninggal dunia, perjuangan
tersebut diteruskan pula oleh anak-anak dan cucu-cucunya, begitu juga oleh
murid-murid dan pendukung-pendukung dakwahnya. Yang dipelopori oleh anak-anak
Syeikh sendiri, seperti Syeikh Imam `Abdullah bin Muhammad, Syeikh Husin bin
Muhammad, Syeikh Ibrahim bin Muhammad, Syeikh Ali bin Muhammad. Dan dari
cucu-cucunya antara lain ialah Syeikh `Abdurrahman bin Hasan, Syeikh Ali bin
Husin, Syeikh Sulaiman bin `Abdullah bin Muhammad dan lain-lain. Dari kalangan
murid-murid beliau yang paling menonjol ialah Syeikh Hamad bin Nasir bin
Mu’ammar dan ramai lagi jamaah lainnya dari para ulama Dar’iyah.
Masjid-masjid telah penuh dengan
penuntut-penuntut ilmu yang belajar tentang pelbagai macam ilmu Islam, terutama
tafsir, hadith, tarikh Islam, ilmu qawa’id dan lain-lain lagi. Meskipun
kecenderungan dan minat mansyarakat demikian tinggi untuk menuntut ilmu agama,
namun mereka pun tidak ketinggalan dalam hal ilmu-ilmu keduniaan seperti ilmu
ekonomi, pertanian, perdagangan, pertukangan dan lain-lain lagi yang mana
semuanya itu diajarkan di masjid dan dipraktikkan dalam kehidupan mereka
sehari-hari.
Setelah kejayaan Syeikh Muhammad bersama
keluarga Amir Ibnu Saud menguasai daerah Najd,
maka sasaran dakwahnya kini ditujukan ke negeri Mekah dan negeri Madinah
(Haramain) dan daerah Selatan Jazirah Arab. Mula-mula Syeikh menawarkan kepada
mereka dakwahnya melalui surat
menyurat terhadap para ulamanya, namun mereka tidak mau menerimanya.
Mereka tetap bertahan pada ajaran-ajaran
nenek moyang yang mengkeramatkan kuburan dan mendirikan masjid di atasnya, lalu
berduyun-duyun datang ke tempat itu meminta syafaat, meminta berkat, dan
meminta agar dikabulkan hajat pada ahli kubur atau dengan mempersekutukan si
penghuni kubur itu dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Sebelas tahun setelah meninggalnya kedua
tokoh mujahid ini, yaitu Syeikh dan Amir Ibnu Saud, kemudian tampillah Imam
Saud bin `Abdul `Aziz untuk meneruskan perjuangan pendahulunya. Imam Saud
adalah cucu kepada Amir Muhammad bin Saud, rekan seperjuangan Syeikh semasa
beliau masih hidup.
Berangkatlah Imam Saud bin `Abdul `Aziz
menuju tanah Haram Mekah dan Madinah (Haramain) yang dikenal juga dengan nama
tanah Hijaz.
Mula-mula beliau bersama pasukannya berjaya
menduduki Tha’if. Penaklukan Tha’if tidak begitu banyak mengalami kesukaran
karena sebelumnya Imam Saud bin `Abdul `Aziz telah mengirimkan Amir Uthman bin
`Abdurrahman al-Mudhayifi dengan membawa pasukannya dalam jumlah yang besar
untuk mengepung Tha’if. Pasukan ini terdiri dari orang-orang Najd
dan daerah sekitarnya. Oleh karena itu Ibnu `Abdul `Aziz tidak mengalami banyak
kerugian dalam penaklukan negeri Tha’if, sehingga dalam waktu singkat negeri
Tha’if menyerah dan jatuh ke tangan Salafy (pengikut Syaikh Muhammad).
Di Tha’if, pasukan muwahidin membongkar
beberapa maqam yang di atasnya didirikan masjid, di antara maqam yang dibongkar
adalah maqam Ibnu Abbas Radiyallahu 'anhu. Masyarakat setempat menjadikan maqam
ini sebagai tempat ibadah, dan meminta syafaat serta berkat daripadanya.
Dari Tha’if pasukan Imam Saud bergerak
menuju Hijaz dan mengepung kota
Mekah. Manakala Gubernur Mekah mengetahui sebab pengepungan tersebut (waktu itu
Mekah di bawah pimpinan Syarif Husin), maka hanya ada dua pilihan baginya,
menyerah kepada pasukan Imam Saud atau melarikan diri ke negeri lain. Ia
memilih pilihan kedua, yaitu melarikan diri ke Jeddah. Kemudian, pasukan Saud
segera masuk ke kota
Mekah untuk kemudian menguasainya tanpa perlawanan sedikit pun.
Tepat pada waktu fajar, Muharram 1218 H, kota suci Mekah sudah
berada di bawah kekuasaan muwahidin sepenuhnya. Seperti biasa, pasukan
muwahidin sentiasa mengutamakan sasarannya untuk menghancurkan patung-patung
yang dibuat dalam bentuk kubah di perkuburan yang dianggap keramat, yang
semuanya itu boleh mengundang kemusyrikan bagi kaum Muslimin.Maka semua
lambang-lambang kemusyrikan yang didirikan di atas kuburan yang berbentuk
kubah-kubah masjid di seluruh Hijaz, semuanya diratakan, termasuk kubah yang
didirikan di atas kubur Khadijah Radiyallahu 'anha, isteri pertama Nabi kita
Muhammad Shalallahu 'alaihi wassalam.
Bersamaan dengan itu mereka melantik
sejumlah guru, da’i, mursyid serta hakim untuk ditugaskan di daerah Hijaz.
Selang dua tahun setelah penaklukan Mekah, pasukan Imam Saud bergerak menuju
Madinah. Seperti halnya di Mekah, Madinah pun dalam waktu yang singkat saja
telah dapat dikuasai sepenuhnya oleh pasukan Muwahhidin di bawah panglima Putera
Saud bin Abdul Aziz, peristiwa ini berlaku pada tahun 1220 H.
Dengan demikian, daerah Haramain (Mekah -
Madinah) telah jatuh ke tangan muwahidin. Dan sejak itulah status sosial dan
ekonomi masyarakat Hijaz secara berangsur-angsur dapat dipulihkan kembali,
sehingga semua lapisan masyarakat merasa aman, tenteram dan tertib, yang selama
ini sangat mereka inginkan.
Walaupun sebagai sebuah daerah yang
ditaklukan, keluarga Saud tidaklah memperlakukan rakyat dengan sesuka hati.
Keluarga Saud sangat baik terhadap rakyat terutama pada kalangan fakir miskin
yang mana pihak kerajaan memberi perhatian yang berat terhadap nasib mereka.
Dan tetaplah kawasan Hijaz berada di bawah kekuasaan muwahidin (Saudi) yang
dipimpin oleh keluarga Saud sehingga pada tahun 1226 H.
Setelah delapan tahun wilayah ini berada di
bawah kekuasaan Imam Saud, pemerintah Mesir bersama sekutunya Turki,
mengirimkan pasukannya untuk membebaskan tanah Hijaz, terutama Mekah dan
Madinah dari tangan muwahidin sekaligus hendak mengusir mereka keluar dari
daerah tersebut.
Adapun sebab campurtangan pemerintah Mesir
dan Turki itu adalah seperti yang telah dikemukakan pada bahagian yang lalu,
yaitu karena pergerakan muwahidin mendapat banyak tantangan dari pihak
musuh-musuhnya, bahkan musuh dari pihak dalam Islam sendiri apalagi dari luar
Islam, yang bertujuan sama yaitu untuk mematikan dan memadamkan api gerakan
dakwah Salafiyyah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab.
Oleh karena musuh-musuh gerakan Salafiyyah
tidak mempunyai kekuatan yang memadai untuk menentang pergerakan Wahabiyah,
maka mereka menghasut pemerintah Mesir dan Turki dengan menggunakan nama agama,
seperti yang telah diterangkan pada kisah yang lalu. Akhirnya pasukan Mesir dan
Turki menyerbu ke negeri Hijaz untuk membebaskan kedua kota suci Mekah dan
Madinah dari cengkaman kaum muwahiddin, sehingga terjadilah peperangan di
antara Mesir bersama sekutunya Turki di satu pihak melawan pasukan muwahidin
dari Najd dan Hijaz di pihak lain. Peperangan ini telah berlangsung selama
tujuh tahun, yaitu dari tahun 1226 hingga 1234 H.
Dalam masa perang tujuh tahun itu tidak
sedikit kerugian yang dialami oleh kedua belah pihak, terutama dari pihak
pasukan Najd dan Hijaz, selain kerugian harta
benda, tidak sedikit pula kerugian nyawa dan korban manusia. Tetapi syukur
alhamdulillah, setelah lima
tahun berlangsung perang saudara di antara Mesir-Turki dan Wahabi, pihak Mesir
maupun Turki sudah mulai jemu dan bosan menghadapi peperangan yang
berkepanjangan itu. Akhirnya, secara perlahan-lahan mereka sedar bahwa mereka
telah keliru, sekaligus mereka menyadari bahwa sesungguhnya gerakan Wahabi
tidak lain adalah sebuah gerakan Aqidah murni dan patut ditunjang serta
didukung oleh seluruh umat Islam.
Dalam dua tahun terakhir menjelang
selesainya peperangan, secara diam-diam gerakan muwahidin terus melakukan
gerakan dakwah dan mencetak kader-kadernya demi penerusan gerakan aqidah di
masa-masa akan datang. Berakhirnya peperangan yang telah memakan waktu tujuh
tahun tersebut, membikin dakwah Salafiyyah mulai lancar kembali seperti biasa.
Semua kekacauan di tanah Hijaz boleh
dikatakan berakhir pada tahun 1239 H. Begitu juga dakwah Salafiyyah telah
tersebar secara meluas dan merata ke seluruh pelusuk Najd dan sekitarnya, di
bawah kepemimpinan Imam Turki bin `Abdullah bin Muhammad bin Saud, adik sepupu
Amir Saud bin `Abdul `Aziz yang disebutkan dahulu.
Semenjak kekuasaan dipegang oleh Amir Turki
bin `Abdullah, suasana Najd dan sekitarnya
berangsur-angsur pulih kembali, sehingga memungkinkan bagi keluarga Saud (al-Saud)
bersama keluarga Syeikh Muhammad (al-Syeikh) untuk melancarkan kembali dakwah
mereka dengan lisan dan tulisan melalui juru-juru dakwah, para ulama serta para
Khutaba.
Suasana yang sebelumnya penuh dengan
huru-hara dan saling berperang, kini telah berubah menjadi suasana yang penuh
aman dan damai menyebabkan syiar Islam kelihatan di mana-mana di seluruh tanah
Hijaz, Najd dan sekitarnya. Sedangkan syi’ar
kemusyrikan sudah hancur diratakan dengan tanah. Ibadah hanya kepada Allah,
tidak lagi ke perkuburan dan makhluk-makhluk lainnya. Masjid mulai kelihatan
semarak dan lebih banyak dikunjungi oleh umat Islam, dibanding ke maqam-maqam
yang dianggap keramat seperti sebelumnya.
Khususnya daerah Hijaz dengan kota Mekah dan
Madinah, begitu lama terputus hubungan dengan Kerajaan (daulah) Saudiyah, yaitu
semenjak perlanggaran Mesir dan sekutunya pada tahun 1226 -1342, yang bererti
lebih kurang seratus duapuluh tujuh tahun wilayah Hijaz terlepas dari tangan
dinasti Saudiyah. Dan barulah kembali ke tangan mereka pada tahun 1343 H, yaitu
di saat daulah Saudiyah dipimpin oleh Imam `Abdul `Aziz bin `Abdurrahman bin
Faisal bin Turki bin `Abdullah bin Muhammad bin Saud, cucu keempat dari pendiri
dinasti Saudiyah, Amir Muhammad bin Saud al-Awal.
Menurut sejarah, setelah Mekah - Madinah
kembali ke pangkuan Arab Saudi pada tahun 1343, hubungan Saudi - Mesir tetap
tidak begitu baik yang mana tidak ada hubungan diplomatik di antara kedua
negara tersebut, meskipun kedua bangsa itu tetap terjalin ukhuwah Islamiyah.
Namun setelah Raja Faisal menaiki tahta menjadi ketua negara Saudi, hubungan
Saudi - Mesir disambung kembali hingga kini.
Wafatnya
Muhammad bin `Abdul Wahab telah menghabiskan
waktunya selama 48 tahun lebih di Dar’iyah. Keseluruhan hidupnya diisi dengan
kegiatan menulis, mengajar, berdakwah dan berjihad serta mengabdi sebagai
menteri penerangan Kerajaan Saudi di Tanah Arab.
Dan Allah telah memanjangkan umurnya sampai
92 tahun, sehingga beliau dapat menyaksikan sendiri kejayaan dakwah dan
kesetiaan pendukung-pendukungnya. Semuanya itu adalah berkat pertolongan Allah
dan berkat dakwah dan jihadnya yang gigih dan tidak kenal menyerah waktu itu.
Kemudian, setelah puas melihat hasil
kemenangannya di seluruh negeri Dar’iyah dan sekitarnya, dengan hati yang
tenang, perasaan yang lega, Muhammad bin `Abdul Wahab menghadap Tuhannya.
Beliau kembali ke Rahmatullah pada tanggal 29 Syawal 1206 H, bersamaan dengan
tahun 1793 M, dalam usia 92 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Dar’iyah (Najd). Semoga Allah melapangkan kuburnya, dan menerima
segala amal solehnya serta mendapatkan tempat yang layak di sisi Allah
Subhanahu wa Ta'ala. Amin.
(Dikutip dari Majalah Salafy, judul asli
Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab, Ibrah. Url sumber http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=57)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Terima kasih telah membaca artikel kami. Besar harapan kami untuk bisa membaca komentar para pengunjung. Dan berkomentar lah dengan nama (jangan anonim), dan jika berkenan isikan email/website anda supaya saya bisa mengunjungi balik anda semua. terima kasih.