Halaman

Kitab Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab

Kamis, 27 Desember 2012

Download Ebook Syeikh Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab: Tokoh Yang Dizalimi (Bahasa Malaysia)

Berikut ini adalah kompilasi Ebook SYEIKH MUHAMMAD bin 'ABD. al-WAHHAB, TOKOH YANG DIZALIMI yang telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu / Malaysia.

--------

Syeikh al-Islam Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab: Muslih Mazlum wa Muftaro ‘alayh ditulis dalam bahasa Urdu oleh pendakwah salafi al-Syeikh Mas’ud al-Nadwi rahimahullah dan dicetak sewaktu hayatnya di Pakistan pada 1975. Ia diperolehi dari pusat pendidikan Islam al-allamah Ibn Baz di India serta Pusat Penerbitan Dar al-Da’ie di Riyadh. Penulisan ini diterjemah ke dalam bahasa Arab oleh al-Syeikh Dr ‘Abd. Alim al-Bastawi. Beliau ketika itu merupakan penuntut di fakulti pendidikan tinggi Universiti Umm al-Qura. Penterjemahan di bawah penelitian al-Syeikh Dr Taqi al-Din al-Hilali rahimahullah dan dicetak oleh Kementerian Pendidikan serta Waqaf kerajaan Arab Saudi.



Tentang Buku: 

Judul Buku: SYEIKH MUHAMMAD bin 'ABD. al-WAHHAB, TOKOH YANG DIZALIMI
Penulis: Mas'ud al-Nadwi
Jahabersa
RM 18.00 , 247 hal
 
Sinopsis :

Buku ini adalah berkisar tentang seorang tokoh pembaharu Islam yang
amat terkenal iaitu Syeikh Muhammad bin 'Abd al-Wahhab .Ada yang mengenalinya secara positif, lalu menyambung usaha pembaharuannya sehingga ke hari ini. Namun ada yang mengenalinya secara negatif, lalu menyandarkan pelbagai tuduhan dusta ke atas dirinya dan sesiapa yang kelihatan sejalan dengannya.

Tuduhan yang paling masyhur ialah gelaran "Wahabi", bertujuan menakut-nakutkan orang ramai dari usaha pembaharuannya.

Buku ini ditulis oleh seorang ilmuan dari benua India, menerangkan sejarah Syeikh Muhammad bin 'Abd al-Wahhab dari awal hingga akhir, termaksuklah ajaran serta usaha beliau. Berdasarkan fakta-fakta sejarah, dapat diketahui di manakah sebenarnya kedudukan Syeikh Muhammad bin 'Abd al-Wahhab, adakah seorang tokoh Ahlus Sunnah yang dihormati atau perosak Islam yang patut digelar Wahabi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Terima kasih telah membaca artikel kami. Besar harapan kami untuk bisa membaca komentar para pengunjung. Dan berkomentar lah dengan nama (jangan anonim), dan jika berkenan isikan email/website anda supaya saya bisa mengunjungi balik anda semua. terima kasih.